Saturday, May 2, 2009

Aku pergi kolej tak belajar tapi aku gaduh dengan pak guard

Mak aku hantar anak dia yang hina ni pergi ke belajar untuk anak dia ni belajar. Dia nak anak dia belajar macam2 untuk persediaan di hari tua kononnya.


Maknanya nenek aku tak bersedialah nak menempuh hari tua sebab nenek aku tak belajar macam aku. Oh, sangat merepek.


Bukan pasal mak mahupun nenek aku yang aku nak bincangkan.


Cuma aku nak bagitahu yang motif mak aku hantar aku ke kolej ini untuk aku belajar dan jadi orang yang berguna dah berjaya.


Aku dah pandai bertomoi dengan pak guard. Betul.


Setiap pagi pak guard akan pandang aku dengan pandangan yg jijik je dekat aku. Lepastu mula la tangan dia gapai2 panggil aku.

" Budak yang pakai sliper jamban tu mari sini. Memang muka dia ni hari2 buat salah"


Aku dah puas menyorok sebelah mmber aku tapi dia nampak juga. Maknanya dia memang berdendam kesumat dengan aku.


" Budak sliper jamban kemari..!"


Oh, untuk mengelakkan lebih ramai orang pandang aku sebab pak guard misai jarang2 tu sebut sliper jamban sangat kuat. Kau nak memalukan aku kan orang tua! aku terpaksa jalan tunduk ke pondok jaga.


" Berapa kali pakck cakap yang kamu tak boleh pakai sliper jamban. Kamu tu student. Kan ada etika. Pakai sliper atau kasut yang cntik sikit"

Pakcik tu pandang sliper jamban aku yang kaler oren.

" Pakcik tahu tak yang sliper jamban kaler oren ni la sliper saya yang paling cantik saya ada. Kalau saya pakai sliper yang lain, saya takut pakcik menyahut panggilan Ilahi je nanti.

Pakcik itu pandang aku dengan berapi2.


" Dah lah pakcik. Nanti saya tapaukan teh tarik dari cafe. Saya tau tu sebabnya pakcik tahan saya kan."

Pakcik tu diam.

Aku terus betulkan beg sandang aku dan mula mengatur langkah menuju ke laluan cafe.


" Kau jangan lupa kuih donat sekali. Pakcik lapar."

Thursday, April 23, 2009

Pink? yuck


' BAJU KURUNG HANYA PAKAI DI HARI RAYA'
So, apa kejadahnya lect suruh aku pakai baju kurung hari ni?
Bila aku dengar, aku relex lagi. Tapi yang aku sawan
' BAJU KURUNG COLOUR PINK,GIRL!'
What...??
Tangan aku mula kesejukan
Kepala aku mula pusing
Perut aku mula memulas
Jantung aku mula hilang kawalan
So, malam tadi aku terpaksa muka tebal pinjam bju kurung kawan2 yg ada colour pink.
Pagi tadi masa sarungkan baju kurung pinky, aku rasa nak menangis. Bukan sebab baju kurung. Di ulangi, bukan sebab baju kurung tapi sebab
PINK
Sepanjang on the way ke class, semua pandang aku termasuk pak guard gila seks tu. OMG. Pandang aku dengan ghairah seperti minta dilempang.
Mujur baju kurung colour pink, so, aku tak jadi nak lempang pak guard gila seks itu
Masa lunch, bergurau dengan budak lelaki pun aku x sangat sebab aku sedar skang aku tengah pakai baju colour pink.
Kesimpulannya : Pink berjaya mengontrol perangai aku. Patut la minah pakai bju pink sangat sopan aku tengok.

Sunday, April 19, 2009

Kalau kau suka add math dan sejarah, something wrong somewhere

Time sekolah dulu aku dengan kawan2 cukup anti dengan subjek add math dan sejarah. Kiranya kalau gagal la subjek ni, aku tak menangis sambil peluk tiang public phone sekolah.

Tapi ada 2 perbezaan antara add math dan sejarah.

Add math : Cikgu garang gila babun. Silap sikit ko tadah je kepala nak kene sekeh. Aku pernah kene sebab aku tak tahu macam mana nak jawab. Dah nama add math susah, semestinya i need a time to understand. Why u don't want to understand me, teacher?

Lepas kene sekeh aku sure akan tanya kawan aku, nama aku sapa sebab cerebrum, cerebellum n medula oblogata ( aku dah lama tinggal alam sekolah. Aku tak tahu ejaan betul ke tak) aku dah bergoyang dengan hebat time cikgu tu sekeh aku.

Dasyat bukan

Disebabkan aku benci cikgu tu, setiap kali dia cuba buat lawak bodoh, aku sikit pun tak gelak even aku tahu lawak dia memang kelakar.


Sejarah: Walaupun aku tak suka subjek ni tapi cikgu yang mengajar aku suka. Bukanlah sebab dia hensem seperti yang kawan2 aku kata tapi sebab dalam kelas dia releks sangat.

Yer, terlampau releks sampai kalau kau tanya aku pasal sejarah malaysia, aku akan terkebil2.

Aku masih ingat 1 hari cikgu sejarah ni nak mulakan new chapter, tapi kelemahan dia kalau bercerita suka kait2kan dengan benda lain.

Last2 dia dok cerita pasal kemalangan yang baru berlaku depan sekolah semalam dan dia kata dia saksi utama dalam kejadian tu.

See, ada masuk exam ke pasal kemalangan tu?

Sebab ni la alasan yang selalu aku bagi kat parent aku setiap kali dorang angkat kening ibarat the rock bila tengok result add math dan sejarah.

Aku pandai merepek

Sebab tu aku amik law.

Understand?

Wana- u in my hump.. not my heart

First post mesti la aku nak say thanks to my frenz sebab dia yang mula mengajar aku apa itu blog.

Aku mula suka dengan blog bila aku tengok blog minah ni gila punya meriah. Setan. Kau sangat femes di luar dan dalam kan Wana.

Aku x reti sebenarnya tapi dah di ajar berpuluh kali oleh wana baru aku reti.

Yer

Aku agak bodoh bab it sebab mak aku x pernah ajar aku it malam2 time aku kecik2. Dia hanya nak ajar aku add math.

Add math??

What the fook..??

Sebabkan aku dah tersuka, dengan muka tebalnya aku pun minta la minah ni ajar.

Punya la garang nak mampus. Dimaki2nya aku. Setakat babi2 tu memang dah dikira zikir je kat telinga aku ni.

Kau memang ganas

Aku memang ayu

Tapi dia banyak bf

Aku x ada bf

Shit!

Alamak, banyak lak aku type.

Oklah... bubyeee...